Sunday, December 26, 2010

Sekolah Inggeris & Cakap Inggeris

Individu yang mula-mula sekali saya dengar pandai cakap orang putih ialah En. Malik, masa itu saya dengar cerita dia pernah  melanjutkan pelajaran di Abu Bakar School, Era 50an bukan calang-calang sekolah. Banyak anak orang kaya-kaya dan besar-besar menuntut di situ zaman itu. Allahyarham sudirman pun bekas pelajar ABS. Kemudian seorang lagi yang saya tau sangat cerdik, sekolah berasrama penuh, lulusan Um, En Ramli pun sangat fasih berbahasa Inggeris.Dengan beberapa orang rakan kami pernah juga bermalam di rumah beliau  era 80an semasa mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur.Sekarang beliau sudah bergelar pengarah dalam sebuah bank yang ternama dulunya Bank bumiputra...terbaru saya dengar khabar dia sudah pencen..
Selepas itu saya mendapat tahu En. Sulaiman bekas polis, juga boleh berbahasa Inggeris dengan lancarnya. Dan seorang lagi yang saya dengar sendiri cakap Inggeris semasa saya pergi ke KL bemalam di  bilik sewa beliau untuk satu temuduga ialah En Mazubir. Semasa kami mencari lokasi tempat temuduga tersebut dalam sebuah bangunan, dia bertanya pada seorang lelaki India. Cairnya  speaking English dia sampai saya pun tak reti ulas butirnya...

No comments:

Post a Comment