Monday, February 4, 2013

perginya embong jamilah

pada 1 februari hari jumaat seorang lagi warga kerayong yang mesra dengan panggilan embong nama sebenarnya jamilah telah pulang ke rahmatullah..semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...

seorang yang sangat peramah serta sangat terkenal dalam daerah bera dan temerloh..

beliau antara 3 individu yang telah memainkan peranan utama hingga penulis blog ini bertemu jodoh...semoga dilimpahi kurnian Allah kerana membantu insan lain membina sebuah masjid..amin

Sunday, January 20, 2013

tahun 2013

Tahun baru sudah melangkah hari yang ke 20, awal tahun disambut dengan berita kesedihan., seorang lagi warga kerayong yang dipanggil pakwe wahab telah pun pergi mengadapi Illahi.

Pada tahun lalu agak ramai juga warga kerayong atau yang berkahwin dengan orang kerayong yang dijemput Yang Maha Esa. Diantaranya Mah Naim, Wan Yang dan Musa. Cikgu Nan dan Najib yang berkahwin dengan orang kerayong juga telah meninggalkan kita.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas mereka. Amin!