Monday, February 4, 2013

perginya embong jamilah

pada 1 februari hari jumaat seorang lagi warga kerayong yang mesra dengan panggilan embong nama sebenarnya jamilah telah pulang ke rahmatullah..semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...

seorang yang sangat peramah serta sangat terkenal dalam daerah bera dan temerloh..

beliau antara 3 individu yang telah memainkan peranan utama hingga penulis blog ini bertemu jodoh...semoga dilimpahi kurnian Allah kerana membantu insan lain membina sebuah masjid..amin

Sunday, January 20, 2013

tahun 2013

Tahun baru sudah melangkah hari yang ke 20, awal tahun disambut dengan berita kesedihan., seorang lagi warga kerayong yang dipanggil pakwe wahab telah pun pergi mengadapi Illahi.

Pada tahun lalu agak ramai juga warga kerayong atau yang berkahwin dengan orang kerayong yang dijemput Yang Maha Esa. Diantaranya Mah Naim, Wan Yang dan Musa. Cikgu Nan dan Najib yang berkahwin dengan orang kerayong juga telah meninggalkan kita.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas mereka. Amin!

Monday, December 12, 2011

taman2 baru tumbuh

terdapat beberapa taman di kampung kerayong...pertumbuhan taman2 baru makin rancak...ramai pemilik tanah di kampung kerayong mengizinkan tanah mereka dimajukan...masih ramai lagi pemilik tanah menunggu giliran untuk dimajukan...harap2 mereka betul2 mendapat rahmat permodenan bandar bera...jangan pula nanti menang sorak kampung tergadai...




Sunday, December 11, 2011

kenduri

tunas manja di kerayong terbakar





gedung tunas manja terbakar


Tunas Manja Kerayong terbakar
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 12, 2011
pasaraya
BERA  - Bangunan Tunas Manja Kerayong yang turut disewa tujuh peniaga lain hangus dalam kebakaran, kira-kira jam 3 pagi semalam.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, Manoharan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 3.21 pagi.

Menurutnya, dua jentera bersama sembilan anggota bergegas ke tempat kejadian dengan bantuan dua lagi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dan Bomba Sukarelawan Kemayan.

“Saya tidak pasti bila kebakaran itu berlaku tetapi semasa kami tiba di tempat kejadian, api sudah marak bermula dari tengah bangunan.

“Memandangkan api marak, kerja memadamkan kebakaran dilakukan pada jarak 10 meter, tambahan pula semua kedai ditutup dengan pintu besi,” katanya kepada Sinar Harian.

Manoharan berkata, 95 peratus bangunan berkenaan hangus dan tiada apa yang dapat diselamatkan.

Katanya, kebakaran menyebabkan bahagian bumbung tengah bangunan jatuh ke dalam bangunan.

Menurutnya, sehingga jam 11 pagi semalam, pihaknya masih melakukan kerja memadamkan bara api dalam setiap premis yang ada.

“Walaupun api sudah berjaya dikawal tetapi masih kedengaran bunyi letupan kecil dalam bangunan ini. Kawasan ini akan ditutup sementara kepada orang awam sehingga keadaan dijamin selamat,” katanya.

Pemilik kedai muzik dan cakera padat, Tan Ling Chee berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 4 pagi, menerusi panggilan telefon dari seorang kenalannya.

“Saya bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan barang dalam kedai, tetapi apabila sampai, api sudah marak. Saya langsung tidak dapat mendekati kedai untuk keluarkan barang.

“Saya kerugian kira-kira RM150,000, lebih-lebih lagi saya baru menerima stok baru untuk dijual,” katanya.

Pemilik padang futsal tertutup, Khairul Najmi Ahmad berkata, walaupun premisnya terletak di hujung bangunan Tunas Manja, tetapi dia turut mengalami kerugian melebih RM100,000.

Menurutnya, hampir 90 peratus barangan dalam premisnya hangus.

“Apa yang saya usahakan lebih setahun lalu musnah sekelip mata.

“Saya menyewa dua lot kedai di sini. Semua barang dalam kedai tidak dapat diselamatkan kecuali yang kelihatan tiang gol masih teguh berdiri,” katanya.








google

Google kenal pasti carian hangat
Oleh : SALWANI MD ZAIN
Tarikh : December 9, 2011
Google kenal pasti carian hangat
Google mengeluarkan senarai Zeitgeist (semangat masa) bagi carian terhangat di google.com.my.
Senarai itu memberi pandangan sepintas lalu berkenaan apa yang dicari oleh rakyat Malaysia meliputi acara, detik-detik menarik, dan trend baru sepanjang tahun 2011.
 
Dalam satu kenyataan syarikat itu berkata, pada tahun ini, senarai carian yang meningkat naik dengan pantas adalah rangkaian sosial, permainan atas talian AngryBirds, dan rakyat Malaysia juga juga amat gemar melakukan carian berkaitan rancangan realiti TV, Maharaja Lawak menduduki tangga ketiga.
 
”Apabila dilihat pada carian berkaitan rancangan TV, rakyat Malaysia amat gemarkan program realiti America’s Next Top Model (ANTM), X Factor USA dan American Idol 2011 adalah antara carian rancangan TV popular sepanjang tahun ini. ‘Tonton’ dan ‘Apa Itu ‘PPVRIP’ turut tersenarai sebagai carian popular, menunjukkan rakyat Malaysia mula memfokuskan terhadap TV atas talian,” katanya.
 
Pengguna Malaysia yang meminati teknologi turut menyumbang kepada trend carian sepanjang tahun misalnya gajet, yang dilancarkan sekadar ura-ura sahaja memegang empat kedudukan tertinggi daripada 10 carian yang meningkat naik dengan pantas seperti iPhone 5, iPad 2, Samsung Galaxy dan Android.
 
Dalam bertanyakan soalan berkaitan teknologi, pengguna Malaysia gemar melakukan carian untuk bertanya “Apakah itu...” untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iPad, hacking dan jailbreak. Penyanyi dan penulis lagu Bruno Mars yang melawat Malaysia pada bulan April, mendahului senarai carian berkaitan orang yang meningkat naik dengan pantas bersama-sama tiga bintang muzik antarabangsa seperti Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber yang turut menjadi imej yang paling banyak dicari pada tahun ini.
 
Pengguna Malaysia juga turut menggunakan carian imej dalam mengetahui berkaitan bagaimana basikal dengan gear-tetap kelihatan apabila fixie mula menjadi budaya baru, selain terma yang carian imej popular yang lain adalah seperti Domo kun maskot berbulu dari stesen televisyen Jepun, NHK.

Saturday, December 10, 2011

nasir pergi selama2nya

nasir nama diberi
kuyak pula nama timangan 
hari ini selamat dikebumi
suka dukanya jadi kenangan...


menurut ceritanya, petang khamis lalu dia rasa tidak sihat badan lalu makan ubat...selepas makan ubat terus semakin lemah ...lalu tidak sedar...dibawa ke hospital temerloh...kemudian dibawa pula ke kuala lumpur pada hari jumaat...pada malamnya dia menghembuskan nafas terakhir...SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMATNYA  KEATAS ROH ARWAH...