Wednesday, December 29, 2010

Orang Luar

Diantara orang luar yang datang bepindah sementara atau terus bermastautin yang masih diingati ialah Pak Akob, Pak Mat balak, Orang Tua Calon, Pak Cik Jelani meninggal ketika umurnya menghampiri seratus tahun.

TV Pertama

Bermulanya era tv di Kg. Kerayong ialah sekitar tahun 70 atau 71. Pok Mat Balak merupakan orang yang pertama sekali memiliki tv hitam putih waktu itu. Waktu itu elektrik belum sampai lagi kerumah beliau. Terpaksa menggunakan generator. Tidak ingat lagi samada kena bayar atau tidak untuk menontonnya.Yang pasti ruang tamunya penuh sesak, sendat, rapat dengan orang-orang kampung yang ingin menonton tv.

Tuesday, December 28, 2010

Kedai Gunting

Di Kerayong kalau sebut nama Pak Akob semua orang tau itu lah dia Pak Akob tukang gunting rambut. Bukan orang Kerayong saja yang bergunting dengan dia malah orang cina Kg Selatan juga banyak bergunting dengan dia. Sehingga tahun 90 an harga perkhidmatannya tak pernah melebihi rm 3. Begitulah murahnya! Pak Akob ni bukan saja pandai menggunting rambut tapi berkebolehan juga masak nasi untuk kenduri-kendara. Bila ada kenduri pasti orang akan menjemput beliau untuk tugas memasak nasi. Bukan nak masak se pot dua! masak berkawah-kawah nasi, calang-calang orang tak berani tanggung risiko...

Kedai Runcit Pertama

Orang yang mula-mula  buka kedai runcit di Kg.Paya Pagar ialah Awang Jamilah.

Cakap Tamil

Di Kampung Kerayong ada seorang yang sangat fasih berbahasa Tamil. Namanya Shawal dipanggil Pak Ngoh Shawe. Malah bila bercakap tak ubah seperti orang India dengan kepala tangan sekali bergerak-gerak. Kata orang dia dulu bersekolah Tamil. Patutlah cair cakap Tamil!!!

Sunday, December 26, 2010

Sekolah Inggeris & Cakap Inggeris

Individu yang mula-mula sekali saya dengar pandai cakap orang putih ialah En. Malik, masa itu saya dengar cerita dia pernah  melanjutkan pelajaran di Abu Bakar School, Era 50an bukan calang-calang sekolah. Banyak anak orang kaya-kaya dan besar-besar menuntut di situ zaman itu. Allahyarham sudirman pun bekas pelajar ABS. Kemudian seorang lagi yang saya tau sangat cerdik, sekolah berasrama penuh, lulusan Um, En Ramli pun sangat fasih berbahasa Inggeris.Dengan beberapa orang rakan kami pernah juga bermalam di rumah beliau  era 80an semasa mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur.Sekarang beliau sudah bergelar pengarah dalam sebuah bank yang ternama dulunya Bank bumiputra...terbaru saya dengar khabar dia sudah pencen..
Selepas itu saya mendapat tahu En. Sulaiman bekas polis, juga boleh berbahasa Inggeris dengan lancarnya. Dan seorang lagi yang saya dengar sendiri cakap Inggeris semasa saya pergi ke KL bemalam di  bilik sewa beliau untuk satu temuduga ialah En Mazubir. Semasa kami mencari lokasi tempat temuduga tersebut dalam sebuah bangunan, dia bertanya pada seorang lelaki India. Cairnya  speaking English dia sampai saya pun tak reti ulas butirnya...

Friday, December 24, 2010

Nama -nama yang glamer pula..

Diantara individu yang glamer dan nama sentisa tip top seperti Pak Ngoh JP, ketua kampung memanglah sangat-sangat dihormati oleh orang kampung serta anak buahnya. Pak Ndok Kia juga sentiasa jadi idola kerana seorang usahawan yang berjaya. Pak Ndok Man pula ketua RELA yang sangat berwibawa dan di segani tetapi sekarang dia tiada lagi setelah di jemput Illahi, semoga rohnya dicucuri rahmatNya. Pak Ndok Leman juga hebat dengan ladang sawit, lembu dan kolamnya. Ditambah lagi kehebatannya dia pandai cakap orang putih. Bak kata orang `Cair cakap orang putih`.


Selepas itu nama-nama seperti Pokde Naim yang pernah juga jadi Tok Empat, Cikgu Bohin pencen guru besar sekarang ni. Orang kerayong pertama buat rumah besar dan cantik. Mak Ndok Manah pula usahawan wanita kerayong yang pertama buat rumah dua tingkat dan ada kedai di bandar bera. Dia pun sudah arwah. mudah-mudahan di cucuri rahmatNya.



Pakwe Maarif juga hebat, bekas pesara majis tempatan juga seorang imam.

Loghat Pahang Versi Kerayong

Loghat atau dailek bahasa Malaysia berbagai-bagai, dialek timur, barat, utara, selatan...Loghat pahang pula juga berbagai, daerah lipis lain bunyinya, kuantan lain bunyi , dalam daerah bera pun banyak slangnya, mengkarak lain, ni nak cerita orang kerayong punya slang...orang muda-muda yang bersekolah tidak lagi menyebut demikian boleh jadi malu agaknya.

Antara yang nyata bezanya perkataan yang berakhir dengan huruf M akan ditukar menjadi N
misalannya,

garam jadi garan
asam   jadi asan
lebam  jadi leban
ayam   jadi ayan
geram  jadi geran
malam  jadi malan
seram   jadi seran

Perkataaan yang berakhir dengan huruf  P  pula akan ditukar menjadi huruf  T
contohnya,

sedap    jadi sedat
gelap     jadi gelat
hempap  jadi empat
cakap    jadi cakat

Bagi ganti nama diri pula berbeza sebutan dengan tulisannya contohnya,

saya/aku jadi  koi (bunyi nya kon) , kawan
awak/kamu jadi  awok (aok),wokme, aokme

Nama Unik Orang Kerayong

Sebelum saya menulis nama-nama ini terlebih dulu minta maaf banyak-banyak pada sesiapa yang berkenaan kerana bukanlah bertujuan untuk menghina sesiapa sekadar mencatatkan sejarah nama yang di kira unik bagi individu di kampung kerayong bagi tatapan generasi akan datang yang mungkin tidak tahu apatah lagi mengenali individu tersebut.

Diantara nama-nama unik orang Kerayong yang masih saya ingat ialah  pakcu gergasi, embong somsom,nasir kuyak, mat  leben ada dua orang,jantan beruang, raja antu,seman pedas,ahmad toksay,pokde od,ulag tek, utat, uyat, mat gantok,palakok, mundok, morek, lampaci, miktan johi, mokde kujah,mat stoking, pokde dilu, ...nanti akan di sambung...

Thursday, December 23, 2010

Nama Orang Kerayong Mengikut Sebutan

Ni nak bagitau nama2 orang Kerayong yang glamer2 yang saya kenal dan ingat. Ada diantara mereka banyak yang sudah kembali kerahmatullah...sedekahkalah al fatihah untuk mereka...al faatihah...bacalah ayat seterusnya...

Diantara nama2 klasik yang pernah didengar dan memang saya kenal masa sekolah rendah ialah Wan Nabung, Wan Minah nenek saya, Wan Rahmoh tok bidan masa tu,Tok Ki Teh Jejawi tukang sunat,Tok Ki We, Pak Ndok Dohman, Pok De Ahmad Tinggi, Wan Bedoh, Wan Sam, Tok Ki Teh, Tok Ki Cu Nong Chik,Tok Ki De Tok Pawang, Wan Kiah, Makteh Yang, Wan Yang, Tok Ki Denan...ni semua sedara mara belaka sebab arwah ayah cakap kalau kena berbahasa panggil orang tu makna nya sedara kita lah  bukan orang lain...

Peringkat bawahnya pula saya biasa dengan nama ini ayahcu Lias, ayahwe Sulong, makwe Jenab,Piktan Jemain, Miktan Kamo, Maklang Simoh, Paklang Yusof, Makcek Kamalioh, Pakcek,ayahteh ahmad toksey...ni  pangkat pak saudara kandung. pokde naim, mokde neng,pokde usin,makteh jahroh,pakngoh mamat,mak ngoh mek...Itu semua pangkat Pok  sedara. Ada pertalian darah tu jangan main2.

Peringkat abang2 pula yang saya kenal diantarnya Usop tunggal, Pokde Keto, Ecik abas, abang Resat, , to an, embong bi, embong nolela, abang jalil, teh limoh, pie , kutat,

Rakan sebaya pula seperti mezah,bohan,nuar,mat gantok,amir,meran, ok letih dah sori2 nama2 yang belum ditulis akan ditulis kemudian...

Wednesday, December 22, 2010

Tok Empat

Sejak mula dibuka kg. Kerayong kini telah mempunyai beberapa orang Tok Empat. Orang yang pertama sekali menjadi Tok4 ialah Awang Teh Bin Ismail, kedua Naim Bin Awang Teh, ketiga Mohd Nor Bin Awang Teh dan keempat Ibrahim Bin Haji Kilau.

Boleh jadi kenyataan tersebut tidak tepat, nanti lah ada kesempatan saya akan pergi berjumpa orang yang berkenaan untuk membuat kepastian...

Tuesday, December 21, 2010

Anak Buah Kg. Kerayong

Bila sebut Kg Kerayong maka meliputi lah kawasan pinggirannya yang terpaksa duduk di bawah naungannya. Umpama bandar bagi nama kecil tersebut. Diantara kampung-kampung yang terletak di bawah naungan Kg. Kerayong seperti Kg. Paya pagar, Kg. Padang Luas, Kg. Bongkok, Paya Besar, Paya Kecik, Danau Kerayong, Danau Mata Kucing, Danau Rashid, Tebing, Sungai Bering, Paya Jerena, Bukit Keledek, Bukit Kelapa Bali, Kuala Kuran,Simpang Kerayong,Empang, Luduk Derani, Lubuk Mampat dan Danau Kura.

Orang Kerayong jati biasa lah dengan nama-nama tersebut dan tau lah di mana lokasinya!

Sejarah Kg. Kerayong

Orang yang mula membuka Kampung Kerayong ialah Pawang Ismail...orang2 tua dulu memberitahu bahwa di kawasan kampong kerayong terdapat banyak pokok kerayong...buah pokok kerayong menyerupai buah petai tapi tidak boleh dimakan..oleh kerana banyaknya pokok kerayong maka dinamakan lah kampung kerayong..

Satu lagi versi cerita asal nama kampung Kerayong terbit bila pawang Ismail sedang mudik di sungai Triang terhalang oleh sebatang pokok kerayong yang tumbang merintangi sungai ..di situ rombongan mereka singgah dan bermalam...nama tempat mula2 mereka singgah itu di namakan Tebing...kerana kawasan mereka naik itu bertebing tidak berpasir..nama itu kekal sampai sekarang..

oleh kerana tanah di situ kelihatan subur maka rombongan pawang ismail berhasrat menjadikan penempatan baru...tujuan mulanya mereka hendak mudik hingga ke kampung Pelangai..

di kawasanitu terbit lah pula nama baru seperti danau kuran, danau kerayong, danau mata kucing, paya besar, paya kecik, bering, lubuk mampat, empang, danau kura, putus kura,tanjung...