Thursday, December 1, 2011

anak cina lemas di sungai triang

   lokasi tergelincir...
menurut cerita neneknya,
         mangsa hendak basuh kaki walaupun dihalang ia berdegil...
                         tiba2 tergelincir lalu dihanyut  arus yang deras...             


jambatan lama





orang ramai melihat kerja2 pencarian mangsa

selepas dua hari baru mayat ditemui
Budak dihanyut arus deras
Oleh : AZIZAH SHAFIEI
Tarikh : November 30, 2011
pantai
BERA – Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dipercayai lemas selepas hilang dibawa arus deras Sungai Triang, di Kerayong, petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.15 petang.

Menurutnya, dalam kejadian itu, kanak-kanak, Pua Ru Xiang sedang bermain air sungai di jeti berdekatan bangunan kedai bersama dua rakan sebaya.

“Berdasarkan cerita salah seorang saksi yang melihat kejadian tersebut, mangsa kelihatan tenggelam timbul selepas tergelincir dari jeti itu.

“Saya percaya, mangsa dibawa arus deras berikutan paras air sungai yang meningkat kerana hujan berterusan sejak beberapa hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Zahid berkata, sejurus mendapat panggilan orang awam, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan gerakan mencari dijalankan serta-merta.

“Sehingga jam 8.30 malam tadi, mangsa masih belum ditemui dan pasukan bomba dan penyelamat sedang menunggu skuad skuba dan gerakan mencari akan diteruskan jam 8 pagi ini.

“Gerakan mencari akan diteruskan sekiranya tidak hujan. Cuaca gelap menyukarkan gerakan mencari lebih-lebih lagi dalam keadaan air sungai yang deras,” kata beliau.

Sementara itu, usaha Sinar Harian menemu ramah keluarga mangsa gagal kerana mereka enggan memberi sebarang komen kerana terlalu sedih dengan peristiwa menimpa mangsa.


Kanak-kanak lemas dijumpai pada sangkar ikan


ANGGOTA pasukan penyelamat melancarkan gerakan mencari seorang murid lelaki yang dipercayai lemas di Sungai Triang, dekat Bera, petang kelmarin.


BERA, 1 Dis - Mayat murid lelaki Tahun Tiga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Triang 2, Pua Ru Xiang yang lemas di Sungai Triang dekat Kerayong Isnin lepas, ditemui hari ini.
Ketua Polis Daerah Bera DSP Mohd. Zahid Mohd. Noor berkata, mayat kanak-kanak itu dijumpai tersangkut pada sebuah sangkar ikan kira-kira 400 meter daripada tempat dia jatuh tergelincir pada pukul 7.55 pagi ini.
Dalam kejadian pada pukul 5.15 petang Isnin lepas, Pua dipercayai tergelincir ketika bermain bersama dua lagi rakannya berhampiran jeti sungai itu.
Gerakan mencari dijalankan oleh lebih 60 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, tentera, Jabatan Pertahanan Awam, serta penduduk setempat dengan bantuan tujuh bot.
Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment